Memaparkan catatan dengan label novell. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novell. Papar semua catatan

OpenSUSE 11


Walaupun saya bukanlah peminat kepada distro keluaran Novell Inc ini. Namun saya terpaksa menggunakannya setiap hari malah mengajar bagaimana menggunakan OpenSUSE kepada pengunjung dan kakitangan kerajaan negeri, kerana ini adalah arahan Kerajaan Negeri Terengganu supaya OpenSUSE digunapakai untuk diserapkan kepada kakitangan kerajaan negeri ke arah peralihan Sumber Terbuka sepenuhnya. Walaupun saya pernah mencadangkan Ubuntu, namun ianya ditolak.

Sedikit pengenalan kepada OpenSUSE

Merupakan distro Linux yang agak popular. Ianya mempunyai sokongan komuniti yang kukuh. Pantas dengan proses instali asas menggunakan Live CD sekitar 15 minit sahaja. Di asaskan di German dengan menggunakan distribusi SLS. Merupakan syarikat distribusi terawal yang terawal ditubuhkan. Mempunyai pemasangan yang mudah dikenali YaST2 untuk persempadanan, konfigurasi sistem, pengurusan pakej berasaskan RPM, networking dan lain-lain. Berkemampuan mengubah persempadanan Windows berasaskan sistem fail NTFS. Suse juga berkemampuan mengesan pelbagai perkakasan komputer anda dan menjadi pilihan bagi pengguna dekstop. Suse menggunakan KDE sebagai antaramuka desktop, mempunyai grafik yang menarik


Screenshoot Instalasi OpenSUSE 11















DESKTOP OpenSUSE 11



Compiz Fusion Pada OpenSUSE 11



Wallpaper OpenSUSE pilihan saya

Read More

Antara Komen Di Terima