Memaparkan catatan dengan label Crossover. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crossover. Papar semua catatan

[EXE TESTIMONIAL] Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu

Saya pernah memasang Photoshop 7 pada Ubuntu 8.04 pada CrossOver 6. Sememang CrossOver "support" pada Photoshop 7. Rujuk gambarajah di bawah :
Bukan itu sahaja...malah Phooshop 6, CS, CS2

Namun kali ini saya cuba memasang PHOTOSHOP 8 CS ME pula pada Ubuntu 8.10 mengunakan CrossOver Pro 7.1 dan ianya BERHASIL dan BERFUNGSI DENGAN BAIK



Read More

[EXE TESTIMONIAL] Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu


Saya juga telah mencuba memasang perisian ini baru-baru ini. Dan ianya berjaya walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah.

Ianya berpunca kerana saya melihat list perisian yang dijamin serasi dengan CrossOver terdapat Dreamweaver MX. Saya terus memilih dan melakukan pemasangan. Apabila selesai ianya tidak mampu dilancarkan.


Saya melihat installer .exe saya merujuk kepada Dreamweaver MX2004. Saya membuat andaian Dreamweaver MX dan Dreamweaver MX2004 adalah satu versi yang berbeza maka saya cuba memasang dengan memilih opsyen UNSUPPORTED
Kemudian memilih "bottle" Windows XP, setelah selesai pemasangan ianya dilihat berjalan dengan baik.

Keperluan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1



Read More

[EXE TESTIMONIAL] Pemain Audio/Video Serbaboleh Pada Ubuntu

XMMS merupakan pemain audio terbaik pada pandangan saya untuk Ubuntu. Namun apabila Ubuntu versi 8.04 sudah mulai meminggirkan XMMS saya tetap melakukan pemasangannya [rujuk artikel : Install XMMS On Ubuntu 8.04].

Namun, kini mari kita sama-sama lupakan XMMS, dan kita pasang pemain audio/video serbaboleh ini pada Ubuntu iaitu JetAudio.


Muatturun perisian ini di http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/ dan ianya adalah PERCUMA.

Saya telah cuba melakukan pemasangan pada CrossOver dan Wine dan hasil yang terbaik adalah pada CrossOver Pro Linux 7.1. Pada Wine perisian ini berjaya dipasang dan dilancarkan, namun apabila memainkan media ianya tersangkut-sangkut sama sepertimana saya memasang Winamp pada Wine. (Namun begitu Winamp juga tidak memberangsangkan apabila dipasang melalui CrossOver)

JetAudio berfungsi dengan baik sebagaimana pada Windows, boleh convert audio serta EQ berjalan dengan lancar. Namun untuk convert video, merakam bunyi ianya tidak berfungsi. Hasilnya adalah lebih baik dari XMMS.

Saya gunakan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1

Read More

Memasang EXE Pada Ubuntu


Di sini akan saya kumpulkan informasi mana-mana perisian pada Windows yang saya sendiri mencubanya pada Ubuntu. Untuk pemasangan fail *.exe pada Ubuntu, pada masakini terdapat 2 pilihan iaitu menggunakan CrossOver ataupun Wine. CrossOver pula terbahagi kepada 2 iaitu satu untuk pemasangan perisian dan satu lagi untuk pemasangan permainan pc.

Setiap kali ingin mencuba pemasangan saya, menjadi pilihan saya adalah CrossOver. Ini kerana CrossOver adalah perisian kormesil atau premium, pendek kata kena bayar. Jadi CrossOver punya kestabilan adalah lebih dipercayai daripada Wine. Namun demikian, tidak semestinya CrossOver dapat mengatasi Wine. Kerana ada juga perisian Windows yang tidak serasi dengan CrossOver tetapi dapat berjalan dengan baik pada Wine.

INFO :

1. Percuma.
2. Amat mudah penggunaanya.
3. Laman web http://www.winehq.org/





1. Berbayar (namun banyak terdapat di torent mahupun pada rapidshare.com malah melalui emailkan kepada saya...hehehe)
2. Juga mudah, tapi sukar sikit berbanding Wine apabila mencuba buat pertama kali.

Oleh demikian, saya akan sentiasa mengemaskini entri-entri di bawah ini dari masa ke semasa.
====================================================================
  1. Memasang NextFTP Pada Ubuntu
  2. Jet Audio Pemain Audio Serbaboleh
  3. Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu
  4. Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu


Read More

Antara Komen Di Terima