Memaparkan catatan dengan label OpenOffice. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OpenOffice. Papar semua catatan

[Pertandingan Impress] Dari SUSE 11 Kepada SUSE10.3 Kepada Ubuntu 8.10

OpenSUSE 10.3 didatangkan dengan Open Office yang basic, template serta galeri yang tidak mencukupi. Untuk upgrade atau update melalui Yast tahu-tahu sahaja lah ianya lembap untuk mendownload surce code - source code dari OpenSuse repo.

Saya membuat keputusan yang drastik dengan menangguhkan sementara Kursus & Pertandingan untuk memformat kesemua pc dan dimasukkan dengan Intrepid Ibex.


Read More

[Pertandingan IMPRESS] Dari OpenSUSE 11 Kepada OpenSUSE 10.3

Distro OpenSUSE 11 dipakejkan bersama-sama Open Office versi 3. Manakala handout yang akan diberikan kepada peserta kursus dan pertandingan nanti adalah Open Office versi 2 pada platform OpenSUSE 10.3.....Emmm. Interfacenya sedikit berbeza, ini menyukarkan untuk saya memberikan penerangan dan panduan untuk peserta Ahad dan Isnin nanti.

Tanpa berfikir panjang saya terus memformat kembali pc-pc untuk kegunaan Pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu kepada OpenSUSE 10.3

Inilah rupa GUI 1st step instalasi OpenSUSE 10.3 pada pc saya manakala disebelah beliau adalah speaker dan berdiri dengan megah disebelah speaker adalah Intrepid Ibex pada laptop saya. Turut kelihatan (belakang) adalah antara barisan Linux OpenSUSE 10.3 yang siap bersedia untuk kegunaan peserta Impress pada 16-17 hb nanti.


Read More

Linux Tak Detect Hardisk

Semalam sebuah pc untuk pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu belum lagi dipasang dengan OpenSUSE. Kerana pc tersebut didatangkan dari HQ di Kuala Terengganu beberapa bulan yang lepas dan ianya tidak digunakan lagi tetapi telah tersiap sedia dengan Windows.

Jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi...saya lantas melakukan memasukkan cd OpenSUSE 10.3 LiveCD untuk melakukan pemasangan. LiveCD OpenSUSE memang agak lambat untuk diboot jika dibandingkan dengan Ubuntu, namun proses pemasangan pada hardisk OpenSUSE masih mendahului hanya sekitar 8-10 minit sahaja.

Baiklah...saya terus klik ikon Install pada desktop OpenSUSE sampai satu tahap dimana mahu keluar alert mengatakan tiada hardisk dikesan. Rosak ke cd ni...masukkan cd yang lain hasilnya tetap sama. Kemudian saya "run" pula dengan Ubuntu Intrepid Ibex, jalankan liveCD ianya OK. Kemudian cuba lakukan instalasi dan hasilnya....TIADA HARDISK dikesan.

Saya dah dapat agak masalah ini mesti berpunca daripada kesilapan kabel pada hardisk. Saya buka casing dan melihat kedudukan kabel hardisk adalah seperti berikut :



Untuk memudahkan anda melihat gambaran dengan lebih jelas lihat gambar dibawah.


Sebagai jalan penyelesaiannya saya mengubah kedudukan kabel menjadi seperti gambar di bawah


Kedudukan terbaru hdd


Kedukan kabel

Kemudian saya hidupkan pc, boot melalui Windows dan Windows berjalan seperti biasa sebagaimana kedudukan hardisk sebelum diubah. Kemudian masukkan cd Ubuntu jalankan liveCD, cuba install dan HARDISK SUDAH BERJAYA DIKESAN.

Saya batalkan pemasangan Ubuntu, hidupkan pc boot melalui Live CD OpenSUSE, jalankan instalasi HARDISK SUDAH BERJAYA DIKESAN dan pemasangan berjalan seperti biasa :-)
Read More

Pertandingan Impress Seluruh Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat ICT BESTARI.COMM (Bescomm) seluruh negeri Tereangganu akan menganjurkan pertandingan mencipta slaid menggunakan OpenOffice Impress. Ini adalah sebahagian galakan kearah pembangunan Sumber Terbuka, sememangnya negeri Terengganu menjadi perintis pertama kearah itu dan sedang dalam proses "memformat" semua kakitangan kerajaan negeri Terengganu dengan pelbagai sumber terbuka. Antaranya dengan menubuhkan Pusat ICT Bestari.Comm ini diseluruh negeri untuk menganjurkan kursus Pengenalan Linux dan penerangan dari masa ke semasa berkaitan Linux dan Sumber Terbuka.

INFO PERTANDINGAN IMPRESS

- Terbahagi Kepada 2 Kategori
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
- Sebanyak 45 Pusat Bescomm terlibat.
- 270 pelajar sekolah rendah dan 270 pelajar sekolah menengah menyertainya.
- Hadiah utama RM1500 setiap kategori.

Konsep Pertandingan
- Peserta akan diberikan Kursus Penggunaan Impress selama 2 hari di seluruh Pusat Bescomm.
- Perseta diberikan tempoh 2 minggu untuk menyiapkan satu "projek" yang akan diberikan. Projek boleh dibuat di rumah atau di Pusat Bescomm.
- Peserta akan menghantar "projek" dan sesi pembentangan dijalankan.
- 2 peserta terbaik di mana (1 orang dari 1 kategori) akan dipilih dan dihantar ke pertandingan akhir di Kuala Terengganu.
- Menggunakan OpenOffice pada platform OpenSUSE. Namun begitu boleh juga digunakan pada lain-lain distro.

SAYA?
Saya sendiri terlibat sama, seramai 12 peserta akan di"kursus"kan oleh saya. Insyaallah saya akan lakukan dengan bersungguh-sungguh dan terbaik untuk anak-anak didik saya memahami dan menguasai serta seterusnya memenangi pertandingan tersebut. Anda semua doakan.


Pemasangan OpenSUSE 11 yang dipakejkan bersama OpenOffice 3.0 sudah dilakukan oleh saya untuk kursus dan pertandingan tersebut.
Read More

Memasang OpenOffice 3.0 Pada Ubuntu 8.10

Intrepid Ibex didatangkan sekadar dengan OpenOffice 2.4.1 sedangkan versi terkini OpenOffice adalah 3.0. Ini kerana mungkin pihak pembangun kesuntukan masa untuk melakukan testimonial.

Oleh jom kita upgrade OpenOffice pada Ubuntu terbaru ini kepada versi 3.0

STEP 1 - Tambah OpenOffice.org 3 repo

Pergi ke System -> Administration -> Software Sources...


Pilih tab, "Third-Party Software," klik butang "Add" dan masukkan link berikut...
deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main


Selepas itu, klik butang “Close” , kemudian pilih “Reload” kemudian tunggu sehingga tetingkap ini tertutup dengan sendiri.

STEP 2 - Update OpenOffice kepada versi 3.0.0

Apabila tetingkap Software Sources tertutup dengan sendiri, ikon update akan kelihatan pada tray dan klik untuk membukanya. Klik kanan pada salah satu tanda anak panah pada checkbox dan pilih uncheck all.

Seterusnya, tatal ke bawah cari Other update, klik pada openoffice.org-base-core
Kemudian klik Install Updates, tunggu sehingga selesai dan cuba buka OpenOffice anda!!!



Read More

Antara Komen Di Terima