Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan

MIDORI Satu Lagi Pelayar Untuk Linuxrisme

Indahnya berada didunia sumber terbuka ini adalah kerana kita mempunyai banyak pilihan aplikasi dengan berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu jenis. Ianya saling berlumba antara satu sama lain. Paling menguntungkan adalah pengguna kerana ianya PERCUMA.

Kali ini saya ingin perkenalkan satu lagi web browser iaitu Midori. Midori adalah browser jenis light weight dibangunkan menggunakan WebKit, Midori dicipta khas hanya untuk pengguna Linux. Menggunakan grafik GTK 2.x .

Namun Midori masih lagi diperingkat pembangunan dan ianya masih belum stabil dan mempunyai sedikit "bug".

Untuk mencubanya (Application -> Accessories -> Terminal )
Masukkan arahan berikut:
sudo apt-get install midori
Setelah selesai anda boleh lancarkan perisian ini melalui (Applications -> Internet -> Midori Web Browser ).

Read More

Memasang CrossOver Chromium aka "Google Chrome" Pada Ubuntu


Google Chrome menjadi satu fenomena baru kepada mereka yang ambil tahu pasal dunia internet dan yang sentiasa mencari alternatif untuk melayari internet.

Web browser keluaran GOOLE ini masih lagi dalam versi BETA dan dikatakan mendapat sambutan yang hangat dari pengguna-pengguna Windows.

Sementara versi penuh dikeluarkan...dan juga versi untuk platform Linux dan sudah semestinya pengguna Ubuntu khasnya, pengguna Ubuntu boleh mencuba browser serba ringkas ini.

Lancarkan TERMINAL melalui Application-> Accessories -> Terminal masukkan arahan berikut:
wget http://media.codeweavers.com/pub/crossover/chromium/cxchromium_0.9.0-1_i386.deb
Tekan kekunci ENTER

Kemdian masukkan pula arahan berikut :
sudo dpkg -i cxchromium_0.9.0-1_i386.deb
Kemudian tekan kekunci ENTER.
Tunggu proses memuatturun dan pemasangannya selesai

Setelah selesai, anda boleh lancarkan browser ini pada Ubuntu melalui Applications -> CrossOver Chromium -> Chromium


Read More

Antara Komen Di Terima