Memaparkan catatan dengan label Intrepid Ibex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Intrepid Ibex. Papar semua catatan

Song Bird 1.0.deb


Songbird!
Rata-rata Linux@Ubuntu blogger memperkatakan tentang terbitnya Songbird 1.0 ini. Bukan itu sahaja, SongBird juga tersedia dalam platform Windows dan Mac OS.


Info Song Bird.

Tak perlulah saya ulas lagi, cukup dengan "review" daripada www.melayubuntu.com" (artikelnya saya salin di bahagian bawah entri ini.)

Anda boleh dapatkan perisian hebat ini di http://getsongbird.com/

Cuma apa yang saya ingin kongsikan dari anda adalah sebuah fail .deb sahaja yang telah di"compile"kan, bukan apa sekadar memberikan kemudahan kepada anda semua :-)

Muatturun SongBird 1.0.deb di sini http://www.mydungun.com.my/host/myDubuntu/songbird/songbird_1.0.0_i686_mydungun.deb

*******Artikel dibawah bukan milik myDungun.net @ myDubuntu Blogspot*******

Songbird ialah muzik manager yang sangat menarik. Bayangkan iTunes yang mempunyai ciri-ciri firefox! Ianya bukan hanya music manager, music player tetapi juga music downloader. Menyokong ciri plugin dan diperkaya dengan extensions dan theme yang dibangunkan oleh komuniti pengguna selari dengan semangat open source sebagai prinsip pembangunan. 2 Desember (semalam), Songbird akhirnya mencapai versi matang 1.0. Sudah tentu versi matang ini menampilkan banyak pembaharuan, kemudahgunaan, kemudahcapaian, dan peningkatan tahap kestabilan.

Antara pembaharuan (new features) yang diperkenalkan ialah;
  • penggunaan Gstreamer sebagai video playback
  • penambahbaikan mashtape
  • penambahbaikan sokongan kepada album art
  • keyboard shortcut yang "sempurna"
  • kemaskini installer bagi linux (tiada dependencies diperlukan)
  • smart playlist
  • penunjuk fail sebenar
  • add-ons updater
  • hide & show display panes
  • columb headings yang simple
Selain itu, performance juga antara isu yang penting dan mendapat perubahan;
  • penambahan kepantasan pencari
  • penggunaan RAM dikurangkan
  • penambahan kepantasan semasa import media
  • mengurangkan masa untuk startup songbird
  • efficient schrolling
  • snappier sorting
  • optimezed DB size
  • crash fix
Read More

[EXE TESTIMONIAL] Photoshop 8 CS Me Pada Ubuntu

Saya pernah memasang Photoshop 7 pada Ubuntu 8.04 pada CrossOver 6. Sememang CrossOver "support" pada Photoshop 7. Rujuk gambarajah di bawah :
Bukan itu sahaja...malah Phooshop 6, CS, CS2

Namun kali ini saya cuba memasang PHOTOSHOP 8 CS ME pula pada Ubuntu 8.10 mengunakan CrossOver Pro 7.1 dan ianya BERHASIL dan BERFUNGSI DENGAN BAIK



Read More

[Pertandingan Impress] Dari SUSE 11 Kepada SUSE10.3 Kepada Ubuntu 8.10

OpenSUSE 10.3 didatangkan dengan Open Office yang basic, template serta galeri yang tidak mencukupi. Untuk upgrade atau update melalui Yast tahu-tahu sahaja lah ianya lembap untuk mendownload surce code - source code dari OpenSuse repo.

Saya membuat keputusan yang drastik dengan menangguhkan sementara Kursus & Pertandingan untuk memformat kesemua pc dan dimasukkan dengan Intrepid Ibex.


Read More

Memasang OpenOffice 3.0 Pada Ubuntu 8.10

Intrepid Ibex didatangkan sekadar dengan OpenOffice 2.4.1 sedangkan versi terkini OpenOffice adalah 3.0. Ini kerana mungkin pihak pembangun kesuntukan masa untuk melakukan testimonial.

Oleh jom kita upgrade OpenOffice pada Ubuntu terbaru ini kepada versi 3.0

STEP 1 - Tambah OpenOffice.org 3 repo

Pergi ke System -> Administration -> Software Sources...


Pilih tab, "Third-Party Software," klik butang "Add" dan masukkan link berikut...
deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main


Selepas itu, klik butang “Close” , kemudian pilih “Reload” kemudian tunggu sehingga tetingkap ini tertutup dengan sendiri.

STEP 2 - Update OpenOffice kepada versi 3.0.0

Apabila tetingkap Software Sources tertutup dengan sendiri, ikon update akan kelihatan pada tray dan klik untuk membukanya. Klik kanan pada salah satu tanda anak panah pada checkbox dan pilih uncheck all.

Seterusnya, tatal ke bawah cari Other update, klik pada openoffice.org-base-core
Kemudian klik Install Updates, tunggu sehingga selesai dan cuba buka OpenOffice anda!!!



Read More

REVIEW RINGKAS : 8.10 Intrepid Ibex (Siri 2)

Sound login masih sama.

Ini merupakan screenshoot pertama saya untuk Ubuntu 8.10. Wallpaper "default" kurang menarik berbanding 8.04 tetapi mempunyai nilai artistik yang lebih tinggi. Tetapi itu semua tidak penting, wallpaper boleh ditukar mengikut kehendak anda sendiri.


Homepage pada Firefox telah dibuat pembaharuan. Cantik beb!
Nautilus terbaru yang menyokong fungsi "open in new tab" sebagaimana telah digunakan pada Fedora 9 berfungsi dengan baik.

Juga turut didatangkan dengan tema yang baru iaitu "DarkRoom"

Semua driver sound, grafik, kad reader slot berfungsi dengan baik. Kecuali wireless driver, Ubuntu mengesan secara automatik dan saya dikehendaki mendownloadnya. Tak jadi masalah kerana ianya sungguh mudah.

Lain-lainya masih sama, Log Outnya sedikit berubah.

Dan agak sayang kerana Ubuntu 8.10 ini hanya didatangkan dengan OpenOffice 2.4.1
Read More

REVIEW RINGKAS : 8.10 Intrepid Ibex (Siri 1)

Setelah beberapakali dikeluarkan dengan versi Alpha seterusnya versi Beta, disusuli versi RC (Released Candidate) kini distro Ubuntu Kambing ini dikeluarkan sepenuhnya kepada versi stabil.

Umumnya mengetahui distro Linux keluaran Canconical Inc terbaru ini dikenali sebagai Ubuntu 8.10 dengan menggunakan "codename" Intrepid Ibex. Nombor versi 8.10 ini merujuk kepada tahun 2008 dan bulan 10.

Saya tidak menulis sebarang komen dan pandangan apabila turut menguji versi Alpha dan Beta sebelum ini. Semalam saya selesai mendownload Ubuntu Intrepid Ibex ISO kemudian beberapa jam kemudian melakukan instalasi dengan membuang Ubuntu versi 8.04. Bye-Bye Hardy Heron!!!!

Sebelum itu kita lihat dulu apa yang dijanjikan dalam versi terbaru ini?

1. Kepantasan Login
Katanya, masa antara login sehinggalah dekstop berfungsi sepenuhnya telah dipertingkatkan.

2.Pengalaman Flash
Intrepid didatangkan dengan plugin wizard pencarian yang dipertingkatkan. Mudah melakukan pemasangan
Sumber https://blueprints.launchpad.net
Flash Experience Spec for Ubuntu Intrepid aims for:
+ improved plugin finder wizard experience
+ better experience for sites that use the flash detection kit
+ improved user-experience for selection of available alternatives
Mungkin juga Intrepid ini didatangkan bersama Flash 10.

3. 3G Networking
Dikatakan didatangkan dengan telah tersedia dan menyokong rangkaian 3G dengan Network Manager yang baharu.

Lain-Lain adalah :
4.Akaun Tetamu
5.Membersihkan "cruft" daripada sistem. (terutama setelah upgrade, akan menghapuskan kernel yang lama)
6. Pemasangan Driver Pencetak Automatik
7.Pemilihan Font
8.Pemasangan Yang Lebih Pantas Dari DVD
9.Pemasangan Dari USB
10.Grafik instalasi yang baru.

Manakala perkara utama pula yang dijanjikan untuk pengguna adalah versi-versi terkini :
  • Gnome 2.24
  • Compiz Fusion
  • Nautilus

Testimonial
* Saya melakukan pemasangan Ubuntu 8.10 ini pada laptop Compaq Presario V200. Maka pengalaman atau masa yang dinyatakan mungkin berbeda dengan anda.


PEMASANGAN
Apabila di run melalui cd, ianya masih sama dengan versi 8.04 dimana perlu memilih bahasa penggunaan terlebih dahulu. Kemudian saya terus sahaja melakukan pemasangan tanpa menjalankan LiveCD.

Langkah pemasangan masih kekal kepada 7 Langkah. Cara dan kaedah pemasangan adalah sama, dari segi GUI pun tidaklah jauh sangat berubah. Cuma bar penunjuk progress telah ditukar kepada animasi strip, iaitu berbelang-belang seagaimana theme Glossy pada Ubuntu 8.04.

Turut berubah juga adalah image penunjuk partion.

Sewaktu proses pemasangan, ditambah satu lagi fungsi pilihan samada pengguna mahu menggunakan "Login Automaticly" iaitu apabila diboot Ubuntu akan terus loading sehingga ke Desktop tanpa perlu melalui proses Login dimana pengguna perlu memasukkan nama serta katalaluan.

Bar penunjuk proses instalasi juga telah diubah kepada thema Glossy namun bukanlah berwarna biru sebaliknya warna "default" Human.

SELESAI PEMASANGAN
Proses Instalasi : 22 minit 8.67 saat
Proses Boot (sehingga login page) : 38.20 saat
Proses Boot (sehingga desktop) : 1 minit 9.51 saat
Shutdown : 17.45 saat
Read More

Antara Ubuntu, Windows Se7en dan Fedora [BETA]

Sudah pasti seminggu dua ini rata-rata bloggers-bloggers pro-Linux sedang sibuk membuat review tentang Intrepid Ibex Beta. Cuma saya ketinggalan untuk memberikan pandangan dan kritikan terhadap distro terbaru keluaran Conical Ltd tersebut. Biarlah....

Sebenarnya keterujaan saya untuk memcuba versi Beta Ubuntu 8.10 ini dibatasi dengan dengan Fedora 10 yang juga kini telah dikeluarkan versi Beta. Fedora kini telah berusia 10 tahun pada 24 September yang lalu. Anda boleh memuatturun fail ISO Fedora 10 Beta ini samada bentuk cd atau dvd instalasi mahupun LiveCD di http://fedoraproject.org/en/get-prerelease

Sekiranya anda memuatturun LiveCD, kaedah pemasangannya adalah seperti berikut :



Manakala saya juga bersama seorang rakan sedang mencuba siri Windows Se7en juga diperingkat beta yang bakal dikeluarkan atau DI JUAL pada penghujung 2009 akan datang.

Read More

Ubuntu 8.10 Intrapid Ilbex Beta


Akhirnya Canonical Ltd mengeluarkan Ubuntu versi terbaru iaitu 8.10 yang dikod sebagai "Intrapid Ilbex". Setelah mengeluarkan versi Alpha sebanyak 7 kali.

Anda boleh memuatturun versi Beta ini sekiranya tidak sabar atau ingin mengujinya sebelum di"released" sepenuhnya pada 30 Oktober ini di laman Canonical Ltd www.ubuntu.com atau server yang dicadangkan dan selalu digunakan oleh saya iaitu http://ftp.cse.yzu.edu.tw/pub/Linux/Ubuntu/ubuntu-cd/8.10/
Read More

Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=59

Linux Ubuntu 8.10 ini akan dikenali dengan kod Intrepid Ibex.

Di jangkakan akan dikeluarkan versi stable pada Oktober ini. Namun demikian ianya kini telah dikeluarkan untuk versi Alpha yang ke-3 sebelum dikeluarkan versi Beta (saya jangkakan pada September ini).

Tentunya dikalangan peminat Ubuntu tidak sabar menunggu kelahiran versi kali ini. Namun ada juga yang sudah tidak larat “mengejar”. Kerana masih belum sempat “explore” 8.04 Herdy Heron sepenuhnya.

Anda boleh mencuba Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex versi Alpha ini di sini.

http://cdimage.ubuntu.com/releases/intrepid/alpha-3/ (Ubuntu)
http://cdimage.ubuntu.com/edubuntu/releases/intrepid/alpha-3/ (Ubuntu Education Edition)
http://cdimage.ubuntu.com/kubuntu/releases/intrepid/alpha-3/ (Kubuntu)
http://cdimage.ubuntu.com/xubuntu/releases/intrepid/alpha-3/ (Xubuntu)

Info selanjutnya anda boleh dapatkan dari www.ubuntu.com atau klik di sini
http://www.ubuntu.com/testing/intrepid/alpha3#head-90541eb9ff5042a520751536d2fb1eed3ae03f60
Read More

Antara Komen Di Terima