REVIEW RINGKAS : 8.10 Intrepid Ibex (Siri 1)
Setelah beberapakali dikeluarkan dengan versi Alpha seterusnya versi Beta, disusuli versi RC (Released Candidate) kini distro Ubuntu Kambing ini dikeluarkan sepenuhnya kepada versi stabil.
Umumnya mengetahui distro Linux keluaran Canconical Inc terbaru ini dikenali sebagai Ubuntu 8.10 dengan menggunakan "codename" Intrepid Ibex. Nombor versi 8.10 ini merujuk kepada tahun 2008 dan bulan 10.
Saya tidak menulis sebarang komen dan pandangan apabila turut menguji versi Alpha dan Beta sebelum ini. Semalam saya selesai mendownload Ubuntu Intrepid Ibex ISO kemudian beberapa jam kemudian melakukan instalasi dengan membuang Ubuntu versi 8.04. Bye-Bye Hardy Heron!!!!
Sebelum itu kita lihat dulu apa yang dijanjikan dalam versi terbaru ini?
1. Kepantasan Login
Katanya, masa antara login sehinggalah dekstop berfungsi sepenuhnya telah dipertingkatkan.
2.Pengalaman Flash
Intrepid didatangkan dengan plugin wizard pencarian yang dipertingkatkan. Mudah melakukan pemasangan
Sumber https://blueprints.launchpad.net
3. 3G Networking
Dikatakan didatangkan dengan telah tersedia dan menyokong rangkaian 3G dengan Network Manager yang baharu.
Lain-Lain adalah :
4.Akaun Tetamu
5.Membersihkan "cruft" daripada sistem. (terutama setelah upgrade, akan menghapuskan kernel yang lama)
6. Pemasangan Driver Pencetak Automatik
7.Pemilihan Font
8.Pemasangan Yang Lebih Pantas Dari DVD
9.Pemasangan Dari USB
10.Grafik instalasi yang baru.
Manakala perkara utama pula yang dijanjikan untuk pengguna adalah versi-versi terkini :
1. Kepantasan Login
Katanya, masa antara login sehinggalah dekstop berfungsi sepenuhnya telah dipertingkatkan.
2.Pengalaman Flash
Intrepid didatangkan dengan plugin wizard pencarian yang dipertingkatkan. Mudah melakukan pemasangan
Sumber https://blueprints.launchpad.net
Flash Experience Spec for Ubuntu Intrepid aims for:Mungkin juga Intrepid ini didatangkan bersama Flash 10.
+ improved plugin finder wizard experience
+ better experience for sites that use the flash detection kit
+ improved user-experience for selection of available alternatives
3. 3G Networking
Dikatakan didatangkan dengan telah tersedia dan menyokong rangkaian 3G dengan Network Manager yang baharu.
Lain-Lain adalah :
4.Akaun Tetamu
5.Membersihkan "cruft" daripada sistem. (terutama setelah upgrade, akan menghapuskan kernel yang lama)
6. Pemasangan Driver Pencetak Automatik
7.Pemilihan Font
8.Pemasangan Yang Lebih Pantas Dari DVD
9.Pemasangan Dari USB
10.Grafik instalasi yang baru.
Manakala perkara utama pula yang dijanjikan untuk pengguna adalah versi-versi terkini :
- Gnome 2.24
- Compiz Fusion
- Nautilus
Testimonial
* Saya melakukan pemasangan Ubuntu 8.10 ini pada laptop Compaq Presario V200. Maka pengalaman atau masa yang dinyatakan mungkin berbeda dengan anda.
PEMASANGAN
Apabila di run melalui cd, ianya masih sama dengan versi 8.04 dimana perlu memilih bahasa penggunaan terlebih dahulu. Kemudian saya terus sahaja melakukan pemasangan tanpa menjalankan LiveCD.
Langkah pemasangan masih kekal kepada 7 Langkah. Cara dan kaedah pemasangan adalah sama, dari segi GUI pun tidaklah jauh sangat berubah. Cuma bar penunjuk progress telah ditukar kepada animasi strip, iaitu berbelang-belang seagaimana theme Glossy pada Ubuntu 8.04.
Turut berubah juga adalah image penunjuk partion.
Sewaktu proses pemasangan, ditambah satu lagi fungsi pilihan samada pengguna mahu menggunakan "Login Automaticly" iaitu apabila diboot Ubuntu akan terus loading sehingga ke Desktop tanpa perlu melalui proses Login dimana pengguna perlu memasukkan nama serta katalaluan.
Bar penunjuk proses instalasi juga telah diubah kepada thema Glossy namun bukanlah berwarna biru sebaliknya warna "default" Human.
SELESAI PEMASANGAN
Proses Instalasi : 22 minit 8.67 saat
Proses Boot (sehingga login page) : 38.20 saat
Proses Boot (sehingga desktop) : 1 minit 9.51 saat
Shutdown : 17.45 saat
1 komen:
yay yay.. betul tu, boot memang pantas.. shutdown lg pantas
3 November 2008 pada 3:46 PTGCatat Ulasan