Jumaat, November 14, 2008

Linux Tak Detect Hardisk

Semalam sebuah pc untuk pertandingan Impress Peringkat Negeri Terengganu belum lagi dipasang dengan OpenSUSE. Kerana pc tersebut didatangkan dari HQ di Kuala Terengganu beberapa bulan yang lepas dan ianya tidak digunakan lagi tetapi telah tersiap sedia dengan Windows.

Jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi...saya lantas melakukan memasukkan cd OpenSUSE 10.3 LiveCD untuk melakukan pemasangan. LiveCD OpenSUSE memang agak lambat untuk diboot jika dibandingkan dengan Ubuntu, namun proses pemasangan pada hardisk OpenSUSE masih mendahului hanya sekitar 8-10 minit sahaja.

Baiklah...saya terus klik ikon Install pada desktop OpenSUSE sampai satu tahap dimana mahu keluar alert mengatakan tiada hardisk dikesan. Rosak ke cd ni...masukkan cd yang lain hasilnya tetap sama. Kemudian saya "run" pula dengan Ubuntu Intrepid Ibex, jalankan liveCD ianya OK. Kemudian cuba lakukan instalasi dan hasilnya....TIADA HARDISK dikesan.

Saya dah dapat agak masalah ini mesti berpunca daripada kesilapan kabel pada hardisk. Saya buka casing dan melihat kedudukan kabel hardisk adalah seperti berikut :



Untuk memudahkan anda melihat gambaran dengan lebih jelas lihat gambar dibawah.


Sebagai jalan penyelesaiannya saya mengubah kedudukan kabel menjadi seperti gambar di bawah


Kedudukan terbaru hdd


Kedukan kabel

Kemudian saya hidupkan pc, boot melalui Windows dan Windows berjalan seperti biasa sebagaimana kedudukan hardisk sebelum diubah. Kemudian masukkan cd Ubuntu jalankan liveCD, cuba install dan HARDISK SUDAH BERJAYA DIKESAN.

Saya batalkan pemasangan Ubuntu, hidupkan pc boot melalui Live CD OpenSUSE, jalankan instalasi HARDISK SUDAH BERJAYA DIKESAN dan pemasangan berjalan seperti biasa :-)

0 komen:

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima