Rabu, September 09, 2009

[Diari] Rumahku Dimasuki Pencuri

Semalam setelah selesai meetup dalam pukul 1pg aku balik rumah, pastu layan "buah hati" sampai pukuk 2.25 pagi. Rasa mengantuk tetiba hilang, so aku bukak laptop untuk surf internet.

Kat 1 jam selepas itu aku nak tidur, baru je baring adik pompuan aku hantar SMS dia bagitau "ada orang cuba bukak pintu bilik dia", so aku capai kayu hoki terus keluar bilik untuk tengok-tengokkan, namun tiada apa-apa. Namun pintu bilik lagi satu terbukak, tapi ada palang so aku tak syak apa-apa, maybe ma lupa nak tutupkan. So aku masuk bilik untuk sambung tidur.

Tetiba sedang nak lena terdengar ma aku menjerit, aku bingkas bangun dan ma aku telah berada kat ruang tamu dan kelihatan Anak Sepupu aku ada kat balkoni rumah, ketika itu pintu grill utama telah terbukak dipercayai dikumpil oleh setan tu.

Setelah bersoal jawab setan tu tak mengaku dan bercakap ntah apa-apa, maklumlah...kaki pit. Kemudian dia blah. Lepas tu baru lah aku perasan sebuah Grinders telah hilang. Aku heran jugak..bila masa dia masuk?
 
Kemudian ma aku masuk bilik check bilik yang aku katakan pintu tingkap terbukak tu...ma aku perasan palang pada tingkap tersebut telah terkuat sedikit dan dipercayai setan tu meloloskan diri melalui celah palang tersebut.
Aku pergi kerumah setan tu...bertanya, dan bersoal jawab...tapi setan tu tak mengaku.
Arghhhh....tengok la pagi nanti apa cerita.

0 komen:

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima