Selasa, Disember 15, 2009

RON 95 vs RON 97

Sejak kerajaan mengumumkan pengeluaran minyak Ron 95 menggantikan Ron 97 [klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter murah 5 sen dari RON97 (RM1.80 harga sekarang) tetapi mahal 5 sen dar RON92 (RM1.70 harga sekarang), manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.]* Harga mengikut perubahan pasaran kangkung semasa.ron9597

Maka aku mulai 1 September yang lalu mulalah menaruk motakarku dengan Ron 95. KUNING!! KUNING!! Jerit aku pada Mamat Bangla yang kerja kat stesen Shell ( 1 kilometer persegi dari rumah aku) setiap kali aku mengisi minyak.

Sehingga pada bulan lepas aku merasakan perjalan aku dari dari Kemaman ke Kuala Terengganu dengan mobil Naza Suria telah menjatuhkan kemaluanku. Aku di sindir oleh Kem Komandan mengatakan enjin ketaku semput, pecutan pun tiada, berat dan sememangnya aku perasan. Apatah lagi kos isi minyak luar dari kebiasaan. Sedangkan liternya lebih berbanding aku isi Ron 97.

Seminggu kemudian aku mengebas keta Proton Persona ibuku untuk ke Janda Baik dan kos minyak seolah ke KL.

Semenjak dari itu aku kembali menggunakan Ron 97, enjin lebih lancar…keta pun laju macam biasa. [Tapi takde lah sampai 160 km/j maklumlah Suria Auto….paling laju 140-150 km/j je.

 

Apa pula pandangan, pendapat dan rasa korang menggunakan Ron 95? (cuma jilat, ada rasa perbezaan dop?)

0 komen:

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima