Lensa Sekitar Dungun


Antara deretan kedai baru dan lama di bandar Dungun.


Masih kekal, kedai-kedai lama ala "Pekan Koboi" masih dikekalkan nostalgianya. Kelihatan dari kiri kedai yang lebih dikenali sebagai "Kedai Toki Rempah" Kedai Alladin, Kedai Jahitan Chu antara peniaga yang telah lama bertapak di Bandar Dungun ini.


Terkini, Pusat Perniagaan Bandar Dungun menempatkan francais-francais terkemuka antaranya Aneka, Mydin, Ten-Ten, Pizza Hut dan sebagainya.


Perpustakaan Daerah Dungun.


Persimpangan utama Bandar Dungun, jika terus anda akan ke Kuala Terengganu, dan untuk ke Bandar Dungun anda perlu mengambil laluan sebelah kanan.


Mercu tanda Bandar Dungun yang terletak berhampiran persimpangan utama Bandar Dungun.


Antara pam minyak tertua di Bandar Dungun, diusahakan oleh seorang kaum Cina yang lebih dikenali oleh penduduk Dungun sebagai "Tauke Chetong" ( kini telah meninggal ).

Pemandangan pertama yang akan anda tempuhi apabila masuk ke Bandar Dungun dari persimpangan utama Bandar Dungun.


Jambatan yang baru siap menghubungkan Pasar Besar Dungun dengan kawasan Seberang Pitasan. Memendekkan perjalanan, kebiasaannya dengan menaiki kereta mengambil masa 20-30 minit kini hanya memerlukan 5 minit.


Pemandangan di sekitar Kampung Batu 49


Juga pemandangan di sekitar Kampung Batu 49


Disebelah kanan gambar adalah kawasan Hospital Daerah Dungun, manakala disebelah kiri (tidak kelihatan) adalah Bangunan Tabung Haji Daerah Dungun.


Read More

Setup streamyx pada Ubuntu

Pergi pada Application>Accessories>Terminal taipkan perintah berikut : sudo pppoeconf kemudian tekan ENTER




Terminal akan memaparkan pemberitahuan berikut, kemudian tekan ENTER




Proses pengesanan kemudiannya berjalan.




Kemudian ianya akan meminta pengesahan daripada anda samaada mahu menyambungkan proses ke peringkat kongfigurasi. pilih kemudian tekan ENTER




Pilih kemudian tekan ENTER sekali lagi.




Masukkan username anda pilih kemudian tekan ENTER




Seterusnya anda dikehendaki memasukkan pula kata laluan anda, kemudian pilih kemudian tekan ENTER




Kemudian anda dimaklumkan untuk menyimpan DNS Ip Adress. pilih kemudian tekan ENTER.




Seterusnya pilih kemudian tekan ENTER.




Proses kongfigurasi telah berjaya, seterusnya pilih kemudian tekan ENTER untuk membuat sambungan internet secara automatik semasa proses booting pc anda.



Seterusnya pilih dan tekan ENTER untuk membuat sambungan internet dengan segera.




Proses terakhir pilih kemudian tekan ENTER.




Kemudian terminal akan memaparkan mesej berikut. plugin rp-pppoe.so loaded. Untuk melihat dengan lebig detail tentang maklumat penyambungan internet anda taip arahan berikut : plog kemudian tekan ENTER




Terminal memaparkan maklumat penyambungan internet anda.



Cuba klik pada mana-mana internet browser cuba layari mana-mana laman web sebagai ujian.


Selesai



Read More

Distribusi LINUX Pilihan

*artikel ini masih belum siap sepenuhnya.

Pada mulanya hanya satu distribusi Linux diperkenalkan, namun demikian terdapat individu-individu yang mempunyai padangan serta perpepsi yang bercanggah serta mempunyai idea tersendiri maka dengan itu menubuhkan kominiti masing-masing. Semuanya distribusi-distribusi ini mempunyai kelebihan masing-masing. Berikut adalah beberapa distribusi Linux yang menjadi pilihan popular masakini.

Ubuntu


Merupakan distribusi yang paling muda tetapi telah menambat hati pengguna. Dikeluarkan secara rasmi pada 2004, menggunakan asas Debian. Antara yang diperkenalkan oleh komuniti ini ianya memudahkan proses instalasi kepada 6 peringkat sahaja. Satu lagi kelebihannya, komuniti Ubuntu mengedarkan CD dengan percuma ke seluruh dunia serta mengeluarkan versi terbaru setiap 6 bulan.

Dipakejkan menggunakan Gnome dan juga KDE (Kubuntu) serta memberi penekanan kepada kemudahan asas Linux.

Sangat sesuai kepada pengguna baru yang ingin mengenali Linux.


Fedora

Red Hat antara distribusi yang paling awal ditubuhkan, kinim membangunkan projek Fedora yang kini memberi lebih tumpuan kepada pelanggan kormesil. Projek fedora merupakan distribusi yang lebih stabil, tahap keselamatan yang cemerlang. Juga berasakan RPM melalui aplikasi YUM

Mepis


Merupakan distribusi yang berasaskan Debian. mepis merupakan jenis live CD namun boleh juga diinstal pada cakera keras. Ianya mempunyai kelebihan dalam mengesan kebayakan perkakasan. Distribusi ini mempunyai caranya yang tersendiri dari sagi pandangan dan persepsi berbanding distribusi Linux yang lain.


Mandriva


Merupakan distribusi yang dibangunkan berasakan Red Hat. memberi kemudahan dari segi penggunaan paparan grafik. Dikenali sebagai satu distribusi yang memberi kemudahan kepada pengguna baru serta sentiasa berada dihadapan dari segi teknologi berbanding distribusi Linux yang lain.


Debian


Merupakan distribusi yang paling awal dalam Linux, memberikan penekanan kepada aspek kestabilan oleh demikian distribusi ini agak lambat memperkenalkan versi terbaru. Oleh kerana dipercayai dari segi kestabilannya, ianya menjadi pilihan kepada penubuhan komuniti-komuniti yang lain menggunakan asas distribusi ini antaranya Knoppix, Linspire, Mepis, Ubuntu, Xandros, dan Elive.

Slackware


(maklumat distro ini dlm proses)


Knoppix



Gentoo



(maklumat distro ini dlm proses)

Xandros



(maklumat distro ini dlm proses)



Read More

Koleksi Lagu

Pewaris Anak Dungun
Selagi ku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis Bandar Dungun

Selagi ku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun

Selagi ku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi

Selagi ku ingat
Di Dewan Merdeka, tahun 1974
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
JKKK seluruh negeri dilancarkan

Selagi ku ingat
Uri tembuni kelahiranku
Bersemadi di bumi Dungun

Akan kukorbankan
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris anak Dungun
Nyanyian oleh : Ramli Sarip

Koleksi Lagu-Lagu Rakyat Terengganu


Read More

PROGRAM MALAM ANAK DUNGUN DI PERANTAUAN iii

PROGRAM MALAM ANAK DUNGUN DI PERANTAUAN iii


Tarikh : 25.01.2008
Tempat : Aras 4 Dewan Merdeka PWTC

  • 8.30 mlm - Semua tetamu telah hadir.
    (kecuali Menteri Besar Terengganu, dan Timbalan Perdana Menteri kerana beliau berdua mempunyai komitmen yang lebih penting)
  • 8.35 mlm- Persembahan klik video lagu "Impian Ku" dan "Dungun Membangun"
  • 8.45 mlm - Ucapan daripada Ahli Parlimen Dungun, ( YB Dato` Pok Rosli )
  • 9.00 mlm - Ucapan daripada YB Dato` Haji Rosol Wahid ( Exco Negeri Terengganu `selaku wakil Menteri Besar Terengganu.
  • 9.15 mlm - Ucapan oleh Tan Sri Yusof Noor `selaku wakil Timb. Perdana Menteri.
  • 9.45 mlm - Jamuan Makan Malam diiringi persembahan instrument oleh Okestra Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Faizal AF dan juga Ramli Sarip.
  • 10.30 mlm - Penyampaian Anugerah
        • Dungun Cemerlang
        • Anak Dungun cemerlang Di Perantauan
        • Khas Zamalah Dungun Membangun
        • Penyampaian Cenderahati
  • Majlis bersurai.


Antara gambar yang sempat dirakamkan (*maaf, resolusi kamera rendah)


Habis hidangan yang di sajikan.


AJK Program Malam Anak Dungun Diperantauan iii bersama anaknya.








Faizal AF mendengdangkan 3 buah lagu pada malam tersebut.


Turut hadir menghiburkan tetamu adalah "PAPA ROCK"


Ramli Sarip menyanyikan lagu " Pewaris Anak Dungun"

Keluarga ini berasal dari Kuala Abang, Dungun dan kini menetap di Putrajaya.




Barisan Orkestra Sekolah Seri Puteri, dari Cyberjaya.


Faizal AF




Pemain muzik yang mengiringi persembahan Faizal AF dan Ramli Sarip.


Gitarist


Kusyuk, salah seorang tetamu melihat srin besar ketika ucapan oleh YB Dato' Rosli Mat Hassan.


Pemuda yang berasal dari Bukit Chatak yang kini sudah 4 tahun berhijrah ke Kajang.


Pengacara Ally Iskandar dan Faradiba.


Di dalam inilah majlis berlangsung.


Kakitangan hotel yang sibuk menguruskan juadah.


Ucapan oleh Tan Sri Yusof Noor


1000 meja yang disediakan oleh pihak penganjur dipenuhi.


Salah seorang tetamu sedang mengisi borang yang disediakan oleh pihak penganjur.


Saya sendiri juga asyik mengikuti program yang disajikan.
















Antara ribuan warga Dungun yang hadir.


Orkestra yang mengiringi majlis makan malam




Read More

Antara Komen Di Terima