Isnin, Februari 11, 2008

Lensa Sekitar Dungun


Antara deretan kedai baru dan lama di bandar Dungun.


Masih kekal, kedai-kedai lama ala "Pekan Koboi" masih dikekalkan nostalgianya. Kelihatan dari kiri kedai yang lebih dikenali sebagai "Kedai Toki Rempah" Kedai Alladin, Kedai Jahitan Chu antara peniaga yang telah lama bertapak di Bandar Dungun ini.


Terkini, Pusat Perniagaan Bandar Dungun menempatkan francais-francais terkemuka antaranya Aneka, Mydin, Ten-Ten, Pizza Hut dan sebagainya.


Perpustakaan Daerah Dungun.


Persimpangan utama Bandar Dungun, jika terus anda akan ke Kuala Terengganu, dan untuk ke Bandar Dungun anda perlu mengambil laluan sebelah kanan.


Mercu tanda Bandar Dungun yang terletak berhampiran persimpangan utama Bandar Dungun.


Antara pam minyak tertua di Bandar Dungun, diusahakan oleh seorang kaum Cina yang lebih dikenali oleh penduduk Dungun sebagai "Tauke Chetong" ( kini telah meninggal ).

Pemandangan pertama yang akan anda tempuhi apabila masuk ke Bandar Dungun dari persimpangan utama Bandar Dungun.


Jambatan yang baru siap menghubungkan Pasar Besar Dungun dengan kawasan Seberang Pitasan. Memendekkan perjalanan, kebiasaannya dengan menaiki kereta mengambil masa 20-30 minit kini hanya memerlukan 5 minit.


Pemandangan di sekitar Kampung Batu 49


Juga pemandangan di sekitar Kampung Batu 49


Disebelah kanan gambar adalah kawasan Hospital Daerah Dungun, manakala disebelah kiri (tidak kelihatan) adalah Bangunan Tabung Haji Daerah Dungun.


1 komen:

Anonymous berkata...

wow,cantik gla r..jom g ganu..jgn lupa snggah dungun tau....

15 Julai 2008 pada 11:41 PG

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima