[ARTIKEL BERVIDEO] Setup Streamyx Pada Ubuntu
Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=35
(Video Di Akhir Artikel)
Sebenarnya cara untuk membuat penyambungan streamyx pada Ubuntu ini sudah ada diperbincangkan dalam forum www.mydungun.net. Di sini saya paparkan sekali lagi untuk rujukan anda semua.
Pastikan modem anda dihidupkan, kabel talefon bersambung, kabel network dipasang pada pc/laptop anda dan LED ADSL modem menyala secara tetap dan tidak berkelip.
(Video Di Akhir Artikel)
Sebenarnya cara untuk membuat penyambungan streamyx pada Ubuntu ini sudah ada diperbincangkan dalam forum www.mydungun.net. Di sini saya paparkan sekali lagi untuk rujukan anda semua.
Pastikan modem anda dihidupkan, kabel talefon bersambung, kabel network dipasang pada pc/laptop anda dan LED ADSL modem menyala secara tetap dan tidak berkelip.
1.Pergi pada Application>Accessories>Terminal taipkan perintah berikut
sudo pppoeconfkemudian tekan ENTER
2.Proses pengesanan akses kemudiannya berjalan
3.Terminal akan memaparkan notis berikut apabila ethernet ditemui, pilih YES kemudian tekan kekunci ENTER
4.Pengesahan daripada anda diperlukan sekali lagi untuk meneruskan konfigurasi. Pilih YES kemudian tekan ENTER
5.Jangan susah hati memikirkan apa maksudnya, Pilih YES kemudian tekan ENTER lagi.
6.Seterusnya, masukkan username anda (contoh@streamyx) pilih OK, kemudian tekan ENTER
7.Seterusnya anda dikehendaki memasukkan pula kata laluan anda,(contoh123) kemudian pilih OK kemudian tekan ENTER
8. Kemudian anda dimaklumkan untuk menyimpan DNS Ip Adress. Pilih YES kemudian tekan ENTER.
9.Seterusnya pilih OK kemudian tekan ENTER.
10.Sekiranya anda menerima imej seperti di bawah, ini bermakna proses kongfigurasi telah berjaya. Pada peringkat ini anda diberikan pilihan untuk melakukan penyambungan kepada streamyx secara automatik sekiranya pc/laptop anda setiap kali dihidupkan atau sebaliknya. Saya sarankan pilih YES kemudian tekan ENTER .
(Ini bermakna apabila anda membuka komputer anda dilain masa. Anda tidak perlu lagi membuat sambungan secara manual.Ianya akan bersambung kepada internet secara automatik)
11.Seterusnya pilih YES dan tekan ENTER untuk membuat sambungan internet dengan segera.
12.Proses terakhir pilih OK kemudian tekan ENTER.
13.Kemudian terminal akan memaparkan mesej berikut: plugin rp-pppoe.so loaded
Untuk melihat dengan lebih detail tentang maklumat penyambungan internet anda taip arahan berikut :
plog
kemudian tekan ENTER
Terminal memaparkan maklumat penyambungan internet anda.
Cuba lancarkan mana-mana internet browser cuba layari mana-mana laman web sebagai ujian.
*Kaedah penyambungan streamyx ini dilakukan pada Ubuntu 7.10
0 komen:
Catat Ulasan