Isnin, September 01, 2008

Ubuntu Tweak 0.3.4-1

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=44

Sudah lama saya tidak menulis sebarang artikel di dalam blog ini, ini kerana saya sibuk menyiapkan portal myDungun yang dibina semula. Kini telah siap dan telah dibuka kepada umum sejak 4-5 hari yang lalu. Ada boleh mengunjunginya di www.mydungun.net

Mungkin saya sudah ketinggalan segala isu dan idea daripada blog-blog Ubuntu yang lain. Ahh…peduli apa yang penting saya mencapai kepuasan diri, itu matlamat saya sebenar.

Baiklah…Dalam artikel sebelum ini (http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=38) saya telah memperkenalkan satu perisian yang dikenali sebagai Ubuntu Tweak iaitu satu perisian yang menguruskan Ubuntu anda dengan mudah dan efektif. Kali ini Ubuntu Tweak telah mengeluarkan versi terbarunya iatu Ubuntu Tweak 0.3.4-1. Ianya bagus dan jauh lebih baik dari versi sebelum ini.

Kepada mereka yang telah menggunakan versi Ubuntu Tweak sebelum ini, saya menasihatkan anda remove dahulu versi lama tersebut sebelum memasang Ubuntu Tweak 0.3.4-1 untuk mengelakkan “crash”. (saya sudah kena..)

Perbezaan antara Ubuntu Tweak yang lama dan versi baru.

Screenshot di bawah merupakan versi lama.



Manakala yang ini pula adalah versi terbaru.

Emm…tidak nampak sebarang perbezaan bukan? Dari segi paparan sahaja. Sebenarnya versi baru ini menambah satu lagi fungsinya iaitu Application. Melalui fungsi ini anda dapat menguruskan Add/Remove dan Third-Party dengan lebih mudah.

Untuk memuatturun Ubuntu Tweak 0.3.4-1 anda boleh klik di sini http://ubuntu-tweak.com/downloads

0 komen:

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima