Menukar Booting Default Kepada Windows
Ini adalah artikel lama saya pada http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=20 (2 Jun 2008)Tidak ramai rasanya di negara kita yang menggunakan Ubuntu ataupun lain-lain distro Linux tanpa “memadukannya” bersama Windows.
Tambahan pula kepada pengguna-penguna baru, masih cuba belajar dan menyelami selok belok Ubuntu. Dan mereka ini “termasuk” saya sendiri masih belum bersedia untuk meng”Ubuntu”kan laptop/pc sepenuhnya. Apatah lagi sekiranya pc/laptop itu turut dikongsi bersama ahli keluarga yang lain ianya menimbulkan masalah. Alasan tersebut boleh diterima pakai.
Secara defaultnya, apabila membuat “dual boot” pada pc/laptop,apabila dihidupkan ianya secara automatik booting kepada Ubuntu dalam masa 10 saat sekiranya tidak menekan mana-mana kekunci pada keyboard untuk membuat pilihan. Jika anda menggunakannya tentu tiada masalah, bagaimana pula jika ahli keluarga anda ingin menggunakan pc/laptop tersebut dan ketika itu anda tiada dirumah?
Cara yang paling mudah untuk menukar “default booting” kepada Windows adalah dengan memuatturun dan memasang perisian tambahan yang dinamakan StartUp Manager. Di samping itu juga, StartUp Manager mempunyai fungsi yang lain. Jika pada Windows ianya boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan salah satu fungsi pada perisian TuneUp dimana anda dapat menukar “booting image” “logon screen” dan lain-lain.
sudo apt-get install startupmanager
Setelah selesai proses pemasangan, tutup terminal dan anda boleh lancarkan perisian ini pada panel System > Administration > StartUp-Manager
0 komen:
Catat Ulasan