Jumaat, Februari 15, 2008

Kenali Dungun

SEJARAH AWAL

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.

Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-

`This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village'

Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

i) Kebanyakan orang Dungun suatu masa dahulu berasal daripada Kepulauan Indonesia.

ii) Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya.


Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 - 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.


1921 - Campurtangan British dalam pentadbiran negeri Terengganu setelah perjanjian 1941 yang membawa kepada kemasukan seorang Penasihat British yang bertindak sebagai penasihat dalam semua hal-hal yang berkaitan pentadbiran kecuali hal-hal keagamaan. Mereka telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa jajahan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Jajahan, Jajahan tersebut ialah:-


Jajahan Barat (Besut dan Setia)

Jajahan Timur (Dungun, Paka, Kerteh, Kemasek dan Kemaman)

Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang)

1942 Semasa pendudukan Jepun di Terengganu, Pesuruhjaya Jajahan telah diganti dengan Pesuruhjaya berbangsa Jepun. Rumah pasung dibahagi kepada 3 cawangan iaitu Keimu Kakari, Hoan Kakari dan Tokko Kakari dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.

Daerah Dungun menjadi lebih terkenal pada mata dunia sejak penemuan dan perlombongan bijih besi pada tahun 1930 oleh Nippon Mining Company dan diexspori ke Jepun pada tahun 1931. Pembangunan di Dungun khususnya di Bukit Besi menjadi pesat dengan terdirinya jalan-jalan (rel) keretapi dan bangunan pejabat serta pertambahan penduduk yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun samada rakyat Terengganu dari daerah lain mahupun pekerja-pekerja lombong Bukit Besi dan luar Terengganu dengan diketuai oleh seorang ketua dan rumah Pasung Dungun di bahagi kepada cawangan Bukit Besi dan Paka.

Hasil-hasil bijih besi telah diekspot ke Jepun hinggalah kepada pendudukan Inggeris di Terengganu amnya dan Dungun khususnya, kawasan lombong bijih besi diambil alih oleh Kerajaan Inggeris.

Rujukan:-

1. Terengganu, Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali 1996.

2. Malayan, Branch Royal Asiatio Society Vol.XXII Part 3 oleh M.C.FF.Sheppard, A.R.Hill, C.A. Gibson Hill, 1949.

3. Terengganu Annual Report 1925 – 1936

4. Geological Servey West Malaysia, IRON ORE, DEPOSITS OF WEST MALAYSIA, Buletin 2

LATARBELAKANG

Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

Penutupan Lombong Bijih Bukit Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.

Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar


LAIN INFO

Dungun adalah sebuah daerah yang pantai negara Malaysian Terengganu. Kuala Dungun merupakan ibu kota daerah.

Bandar Kuala Dungun pernah menjadi satu bandar perlombongan yang kuat dalam 1940 an. Pelombongan bijih besi dilombong di bandar kecil pedalaman bernama Bukit Besi, manakala Kuala Dungun menjadi seperti sebuah pelabuhan di mana bijih telah dipindahkan ke dalam kapal-kapal melaui Bandar Dungun. Kuala Dungun dan Bukit Besi disambungkan dengan satu landasan kereta api bahawa bukan hanya untuk perusahaan perlombongan, juga berkhidmat sebagai pengangkutan awam untuk orang-orang kampung pedalaman, perbandaran Dungun dan syarikat-syarikatnya.

Zaman "keemasan" ini berakhir dalam lewat 70-an dan awal 80-an. Apabila lombong beransur-ansur ditutup, perkhidmatan keretapi pula dihadkan. Bukit Besi sekarang sebuah ladang dikenali sebagai "Government-financed estet"; bukit-bukit beralun dan seni bina orang British yang lama kini telah lama menghilang, diganti oleh Felda Estate perumahan dan pokok-pokok minyak sawit.

Bandar Dungun benar-benar hidup setiap hari Khamis apabila pasar malam dibuka untuk perniagaan. Ia adalah terkenal sebagai pasar malam yang terbesar dalam Terengganu, dengan pelbagai pakaian, peralatan. Pasar malam ini terletak di tengah pusat bandar, mengambil alih sepotong landasan kereta api lama.

Sekarang, Dungun tidak sebuah yang bandar kecil lagi. Sebahagaian besar penduduk terlibat dengan perusahaan minyak tertumpu dalam perbandaran di selatan, Kerteh.

Tanjung Jara Resort dengan terbentang pantai indah dan bertembung dengan muara yang cantik antara yang terkenal di dunia.


Dungun adalah tempat rekreasi untuk pekerja-pekerja orang British syarikat perlombongan suatu masa dulu. Ia dijadikan tempat bersantai dan sosial.Terdapat dewan muzik, mencatatkan barangan, bidang-bidang kriket dan sebagainya yang membuat Dungun lain daripada perbandaran-perbandaranyang lain dalam Terengganu pada masa.

Tahun 2006, Dungun mengalami satu peningkatan. Dungun telah menerima kemasukan dengan banyaknya untuk pembaikan jalan-jalan dan penubuhan beberapa kawasan membeli-belah baru. Kini....DUNGUN MEMBANGUN


0 komen:

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima