PENJELASAN : Jelmaan Wajah Buddha Pada Masjid Kristal?
Sila perhatikan klip video di bawah terlebih dahulu :
(klik butang PLAY)
(klik butang PLAY)
Apa yang meragukan perakam video tersebut "zoom" pada masjid tersebut secara tiba-tiba dengan durasi hanya 3 saat dan dengan cepat-cepat mengalihkan pula ke arah Jambatan Sultan Mahmud. Jika saya merupakan orang yang melalui kawasan Masjid Kristal tersebut sudah tentu terasa teruja dengan keindahan senibina dan panorama masjid itu dan merakamkannya dengan lebih fokus dan mengambil durasi yang lama untuk kenangan sesuatu yang menjadi tarikan utama dunia ketika ini.
Perakam berbuat demikian seolah-olah tidak berniat mahu merakamkan masjid tersebut dan seolah-olah rakaman tersebut dibuat secara tidak sengaja.
Perakam berbuat demikian seolah-olah tidak berniat mahu merakamkan masjid tersebut dan seolah-olah rakaman tersebut dibuat secara tidak sengaja.
Namun antara fakta menarik ialah rakaman tersebut menggunakan resolusi amat rendah supaya dianggap sebagai rakaman amatur ( setahu saya para pelancong Mat Salleh jika ke luar negara adalah mereka yang kaya raya, tapi tak tahu lah...kenapa Mat Salleh ni beli perakam video kat kedai Mydin)
Jika benar " Mat Salleh " merakamkan video tersebut (pada pandangan en.lanun..dialog digunakan macam "Mat Salleh Celup") apa yang hendak dihairankan. Mereka memang dari dulu mahu merosakkan imej Islam.... mereka boleh buat superman terbang, boleh buat tsunami melanda Washington, boleh buat raksasa mengamuk di New York, boleh buat tahi bintang jatuh di Sepanyol dalam filem Ammergerdon. Bukanlah susah sangat menggunakan TEKNIK CGI tersebut setakat mahu mengubah struktur Masjid Kristal seperti Buddha...malah jika mereka mahu mengubah masjid tersebut menjadi " Robot Transformer' pun boleh.
Antara contoh Teknik CGI (Computer Generated Image):
Jika benar " Mat Salleh " merakamkan video tersebut (pada pandangan en.lanun..dialog digunakan macam "Mat Salleh Celup") apa yang hendak dihairankan. Mereka memang dari dulu mahu merosakkan imej Islam.... mereka boleh buat superman terbang, boleh buat tsunami melanda Washington, boleh buat raksasa mengamuk di New York, boleh buat tahi bintang jatuh di Sepanyol dalam filem Ammergerdon. Bukanlah susah sangat menggunakan TEKNIK CGI tersebut setakat mahu mengubah struktur Masjid Kristal seperti Buddha...malah jika mereka mahu mengubah masjid tersebut menjadi " Robot Transformer' pun boleh.
Antara contoh Teknik CGI (Computer Generated Image):
4 komen:
Salam En Lanun. Ini lawatan saya yang pertama di sini rasanya :)
26 Februari 2008 pada 9:02 PTGSaya petik kata-kata En Lanun:
"setahu saya para pelancong Mat Salleh jika ke luar negara adalah mereka yang kaya raya, tapi tak tahu lah...kenapa Mat Salleh ni beli perakam video kat kedai Mydin"
1) Generalisation seperti ini adalah salah sama sekali. Saya tahu kerana saya ramai juga kawan-kawan mat salleh. Mat salleh ini tidak perlu kaya-raya untuk ke luar negara. Rakyat biasa yang tinggal di UK pun boleh melancong disebabkan nilai mata wang mereka yang lebih tinggi dari kita.
2) Saya tidak rasa di zaman ini apabila seseorang ingin merakamkan video, maka dia akan menggunakan 'the real' perakam video. Dalam keadaan mereka di atas bot, adalah lebih mudah untuk menggunakan handset yang memiliki fungsi untuk merakamkan video. Dari pengamatan saya, video ini berkemungkinan besar sekali dirakamkan dengan menggunakan handset (sekaligus menjadikan resolusinya rendah).
3) Saya tak rasa yang merakamkan video ini adalah Mat Salleh. Dari accent bahasa Inggerisnya, sah dia bukan rakyat UK atau US.
4) Apa bukti video ini diedit sedikit dengan CGI? Ini yang En Lanun perlu justify. Prove it or it didn't happen. Alasan CGI (dan juga Photoshop) tidak boleh dijadikan kebiasaan untuk menafikan video dan gambar yang pelik dan misteri, jika ia tidak disertakan dengan hujahnya sekali.
Saya bukan jenis yang percaya dalam benda-benda aneh dan misteri seperti ini, tetapi rasanya lebih selamat jika mengatakan imej 'Buddha' itu terhasil disebabkan perspektif masjid, posisi perakam video dan keadaan cuaca dan pencahayaan yang berlaku pada masa itu.
Tidak ketinggalan juga bahawa kualiti rendah video tersebut turut mempengaruhi pembentukan imej misteri tersebut. Ini seperti mana juga yang berlaku dalam imej manusia yang terdapat di Marikh.
Apa pun kata En.Lanun dan Tawel Sensei ada hujahnya tersediri...yang pasti klip video itu diragui kesahihannya. Namun apa yang menarik...agak kurang sesuai jika dikatakan ianya BIASAN CAHAYA..
27 Februari 2008 pada 9:32 PGIni pula pendapat saya.
1.Ini kerana....struktur cermin kubah masjid tersebut adalah jenis telus cahaya bukanya jenis pantulan...jadi mustahil cahaya tersebut di biaskan.
2. Kalau pun benar biasan cahaya kepada terjadi dekat-dekat dengan pilihanraya? He he he
Tunggulah video seekor KAMBING GURU PUTIH, Berjanggut Panjang menjelma jadi Nik Aziz (Mursyidul AM PAS). Sangat mengejutkan peristiwa ini berlaku di ...... Tunggulah cerita dan video sebenarnya pada PILIHANRAYA ke-13 nanti. Sabarlah Sayang.... Kalau Nik Aziz JADI kambing, Hj.Hadi JADI apa, JADI HERAN laaaa. ...
26 April 2008 pada 4:20 PTGari khmis lepas 9aribln 10 sye pg msjd kristal..mmgla cntik masjid die..tgk dok jln2 dgrla azan asar..
12 Oktober 2008 pada 1:27 PTGso my husband pon pgla menunaikan solat..i xpg coz period..my hubby said 2 org je g smbhyg..msk imam 3 org la..pyela sdih..msjid sgtla lawa tp x diimarahkan..ape la nk jdi..lau stkat nk jdi tmpat pelancongn bek uat disneyland..pelik r ngn perangai pembesar2 ngare nih..
spttnye masjid 2 diuat di tmpt yg mudah utk org rmai pg..so sngla nk bersolat disne..
pk2 kan la..lau duit yg dignkan 2 dibgi pde org yg lbih mmerlukan lgi bsr pahale yg kte dpt..
Catat Ulasan