Isnin, September 01, 2008

Kenapa Saya Masih Gunakan Windows

Saya merupakan pengguna Ubuntu yang tegar..segala tugas-tugas harian melibatkan komputer saya gunakan Ubuntu. Namun saya masih lagi menggunakan "dual-boot" bersama dengan Windows hanya kerana 1 perkara.

Linux masih tiada lagi perisian penyuntingan video. Jika pada Windows saya gunakan EditStudio 4 ataupun Ulead, saya sentiasa tercari-cari dan mencuba beberapa perisian penyuntingan video untuk Linux antaranya adalah Cinelerra. Namun ianya tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Saya berharap sekiranya ada diantara anda semua mengetahui perisian-perisian yang dimaksudkan oleh saya, sila hubungi saya.Untuk mencuba perisian Cinelerra, buka Terminal masukkan arahan berikut :

Untuk pengguna Ubuntu 8.04
sudo wget http://repository.akirad.net/dists/hardy.list -O /etc/apt/sources.list.d/akirad.list

Untuk pengguna Ubuntu 7.10
sudo wget http://repository.akirad.net/dists/gutsy.list -O /etc/apt/sources.list.d/akirad.list

Kemudian tekan kekunci ENTER, selepas itu masukkan arahan berikut pula
wget -q http://repository.akirad.net/dists/akirad.key -O- | sudo apt-key add - && sudo apt-get update

Tekan kekunci ENTER, kemudian masukkan arahan untuk memasang Cinelerra
sudo apt-get install cinelerra-generic

Kemudian tekan kekunci ENTER. Selesai...

7 komen:

melayubuntu berkata...

hmmm...2 la pasal...aku dh try cinnelera nih...tp mcm xstabil jerk...huhu

3 September 2008 pada 8:25 PTG
En.Lanun berkata...

@melayubuntu : ye....kadangkala dia "hang" ntah la...dia punya tool pun terlalu komplikated sangat. Macam nak buat filem Holywood plak rasanya :-)

3 September 2008 pada 9:40 PTG
wan-adlan berkata...

saya rasa, jahshaka adalah sesuai untuk en Lanun....sebab saya pernah menghadiri kurusus jahshaka.. agak bagus..walaupun masih ada beberapa kelemahan...

4 September 2008 pada 10:58 PG
En.Lanun berkata...

Terima kasih....nanti saya akan mencubanya..boleh berikan link berkaitan dengan Jahshaka tu? Hehehe...bukan ape, kalu diberi lagi bagus, tak payah mencari :-p

4 September 2008 pada 2:40 PTG
En.Lanun berkata...

@wan-adlan : Terima kasih...dilihat dari screenshot jahshaka saya teruja ingin mencubanya, namun setakat ini saya tidak menjumpai pakej *.deb untuk Ubuntu Hardy Heron. ------------------Rujuk pada : http://repo.jahshaka.org/ubuntu/

Saya terbaca di dalam satu forum yang mengatakan perisian ini hanya boleh dipasang menggunakan Wine pada Ubuntu 8.04-----Rujuk : http://jahshaka.org/forum/ubuntu-8-04-hardy-vs-t1783.html

Saya telah memasangnya..software tersebut dipasang dengan baik. Namun ianya tidak dapat memainkan video yang mahu di edit. Saya mencuba fail berformat *.avi (dan belum lagi mencuba yang lain) di harap saudara sudi memberikan pandangan. :-)

6 September 2008 pada 5:57 PG
wan-adlan berkata...

maaf en.lanun.. saya sudah lama tidak menggunakan jahshaka.. tetapi untuk install dalam ubuntu.. mungkin en.lanun boleh lihat disini..
http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=241950
selain tu en.lanun boleh mencuba Kdenlive dan Kino..

7 September 2008 pada 10:35 PG
En.Lanun berkata...

Terima kasih di atas informasi tersebut...saya akan mencubanya :-)

8 September 2008 pada 8:13 PTG

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima