Jumaat, Ogos 29, 2008

Install XMMS On Ubuntu 8.04

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=10

Alangkah syoknya sambil menggodek Ubuntu sambil mendengar alunan mp3. Mungkin anda pernah ingin memainkan mp3 dan yang keluar begini pula.
Tak perlu search codec…apa kata kita install XMMS Player.
Saya pun taiplah commad berikut dalam TERMINAL, ingatkan sama kaedahnya dengan Ubutu 7.10.

sudo apt-get install xmms
Namun ianya tidak dapat di jalankan. Frust juga rasanya…rupanya versi baru ini saya tidak pasti samada tidak support untuk memainkan XMMS Player ataupun XMMS Player sudah ketinggalan maka Ubuntu tidak lagi memerlukannya.

Puas sy menggodek…mungkin ada apa-apa yang perlu di setting atau pun tersilap setting.

Sy mula buntu…(maklum la UBUNTU la katakan), mula la surf mana-mana website, blog dan forum untuk mencari jawapan. Akhirnya…begini caranya.

Namun begitu stepnya agak banyak dan perlu mengunakan TERMINAL sepenuhnya…emmm cubalah…IANYA AMAT MENYERONOKKAN. Sekiranya anda install dihadapan rakan-rakan pasti mereka katakan anda seorang PAKAR DAN SUPERB LINUX

LANGKAH 1
Buka TERMINAL copy dan pastekan command berikut satu persatu (Perkataan ENTER merujuk kepada TEKAN KEKUNCI ENTER) manakala sekiranya proses pada terminal terhenti pada perkataan Y/N? taipkan y dan tekan KEKUNCI ENTER.

sudo apt-get install autotools-dev automake1.9 libtool gettext libasound2-dev libaudiofile-dev \


ENTER

libgl1-mesa-dev libglib1.2-dev libgtk1.2-dev libesd0-dev libice-dev libmikmod2-dev libogg-dev \


ENTER

libsm-dev libvorbis-dev libxxf86vm-dev libxml-dev libssl-dev build-essential make


ENTER

Tunggu seketika…proses ini bergantung kepada kelajuan internet anda.
Selepas itu anda di minta restart Ubuntu jika mahu, saya sarankan restart kerana anda telah mengubah sistem anda.

LANGKAH KE 2
Setelah kembali login..
Anda dikehendaki membuat satu folder bernama build didalam folder home. Jangan susah gunakan sahaja command berikut:

Buka TERMINAL

mkdir ~/build


ENTER
Untuk memasuki folder tersebut taip pula command berikut :

cd ~/build


ENTER
Kemudian download file XMMS dengan memasukkan command berikut :

wget http://xmms.org/files/1.2.x/xmms-1.2.11.tar.gz


ENTER
Tunggu sehingga selesai. Proses mendownload.

Setelah selesai mendownload……Oleh kerana fail tersebut dicompress maka ianya perlu di extract pula. Masukkan sahaja arahan berikut:

tar xvf xmms-1.2.11.tar.gz


ENTER
Masukkan arahan di bawah untuk “working directory to the source directory” dalam bahsa melayu tak tahu nak terangkan macam mana.

cd xmms-1.2.11/


ENTER

LANGKAH KE 3
Seterusnya anda perlu compiling fail tersebut. Masukkan arahan begini :

./configure --prefix=/usr



ENTER
kemudian masukkan pula arahan

make


ENTER

Langkah ke-4
Lakukan proses instalasi XMMS Player tersebut. Masukkan arahan berikut:

sudo make install


ENTER
kemudian masukkan pula arahan

cd


ENTER
Seterusnya masukkan arahan berikut

rm -rf ~/build


ENTER

Anda telah berjaya.

Untuk memainkannya…tekan kekunci ALT+F2
taipkan perkataan XMMS



Maka keluar la


Untuk seterusnya…bagaimana untuk menggunakan aplikasi tersebut. Tak perlu la sy terangkan..ianya adalah sama seperti WINAMP di dalam Windows..

Seterusnya saya ingin update perisian XMMS ini.

Mudah sahaja.

Buka terminal
Masukkan arahan berikut satu persatu diselangi dengan menekan Kekunci ENTER


sudo apt-get build-dep flac

mkdir ~/build

cd ~/build

apt-get source flac

cd flac-1.2.1

./configure

make

cp src/plugin_xmms/.libs/libxmms-flac.so ~/.xmms/Plugins

cd

rm -rf ~/build

1 komen:

Anonymous berkata...

Assalamualaikum Saya dah buat. Jadi. Alhamdulillah dan terima kasih ya. Wassalam

26 September 2008 pada 4:04 PTG

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima