Jumaat, Ogos 29, 2008

LINUX Ubuntu 8.04 LTS Hardy Heron

Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=6


LINUX Ubuntu 8.04 LTS Hardy Heron telah di released pada versi stabil pada April 2008 (bersamaan bulan 4 tahun 2008…maka kod versi di ambil 1 angka tahun dibelakang kepada 8 dan bulan di ambil sebagai 04. Oleh itu ianya menjadi 8.04)

Walaupun hampir 2 bulan versi ini stabil dan sebelum ini telah disediakan versi beta untuk di uji. Saya lebih suka menunggu kepada versi yang stabil dan menjarakkan sedikit masa selepas versi stabil dikeluarkan untuk mengujinya. Dalam masa itu saya meluangkan masa melayari forum-forum Linux dan Ubuntu untuk melihat memerhatikan perbincangan dan permasalahan pada versi baru kali ini.

Setelah sekian lama…dalam waktu yang sama ada di antara ahli myDungun telah menggunakan versi baru ini ( lawan tokey nampaknya! Razz ) Bagus! dan syabas saya ucapkan kepada mereka.

Ada di antara mereka menanyakan persoalan serta permasalahan berkaitan Ubuntu 8.04 ini, namun saya sendiri teragak-agak mahu menjawab kerana saya menggunakan versi 7.10.

Oleh yang demikian, pukul 7 ptg tadi saya telah mendownload versi 8.04 ini ( memakan masa 1jam 5 minit). Kemudian setelah selesai pelbagai urusan sebagai manusia, sekejap tadi barulah saya berpeluang mengujinya 3

Untuk pertama kalinya saya masih belum install pada HDD cuma menguji pada Live-CD. Antara yang dapat dipaparkan untuk dikongsi bersama anda semua.

Arrow Apabila sudah boot melalui cd, 1st interface yang keluar saya mengerutkan dahi dan rasa kecewa apabila terdapat paparan (seperti imej di bawah) supaya memilih jenis language yang mahu dipilih. Ingatkan tersilap download versi server Exclamation ( kerana minggu lepas saya telah mendownload versi server dan telah mengujinya). Rupanya tidak (kembali ceria Wink ). Memang versi kali ini begitu. Tidak seperti versi 7.10

Juga turut ditukar dari segi optionnya. Jika versi 7.10 pilihannya adalah START OR INSTALL UBUNTU tapi kali ini ditukar kepada TRY UBUNTU WITHOUT ANY CHANGE TO YOUR COMPUTER (maksudnya gunakan secara live cd) dan baris kedua INSTALL UBUNTU (maksudnya terus lakukan installation tanpa boot kepada live cd terlebih dahulu).

Keseluruhannya..menggunakan live cd, booting timenya tidak terlalu lama, live-cd versi kali ini lebih ringan. Dan dari segi antaramukanya tetap menarik macam dahulu, ikon-ikon yang smooth serta paparan yang redup mata memandang (Ubuntu memang sesuai untuk anda yang suka mengadap pc dalam waktu masa yang lama kerana ianya tidak menyakitkan mata.

Lain-lainya efek grafiknya cukup lancar walaupun hanya menggunakan live cd tidak seperti versi sebelum ini. Dari segi penggunaan kuasa bateri laptop pun ianya menjimatkan.

Lancar Dan Menarik
Paparan default wallapaper menggunakan warna rasmi Ubuntu dan ditambah grafik seakan-akan seekor burung. (burung heron)

2 komen:

afir berkata...

salam..
saya nk tnya soklan boleh..
kenape bila saya click try ubuntu without any change to your computer pastu kluar screen written built-in code (lebih kurng mcm tu lah). dan terus stop disitu...bila saya tulis exit or ape2.. tetap tak jd ape2
kenape ye??

1 November 2008 pada 6:00 PG
En.Lanun berkata...

@afir: Rasanya itu tidak lain dan tidak bukan berpunca dari kerosakan CD Ubuntu. Cuba boot pada pc atau laptop yang lain untuk mengesahkan pendapat saya tersebut.

1 November 2008 pada 12:56 PTG

Catat Ulasan

Antara Komen Di Terima