Real Player Pada Ubuntu Hardy Heron
Real Player merupakan satu perisian memainkan multi media yang begitu popular bukan sahaja pada Windows tetapi juga pada platform Linux dan MacOS dan pada beberapa jenis OS yang lain.Untuk memasangnya. Pertama sekali…muatturun dahulu perisian (RealPlayer11GOLD.bin) ini di laman web www.real.com/linux
Pastikan fail RealPlayer11GOLD.bin yang dimuatturun itu tadi diletakkan pada desktop sekiranya anda mahu mengikuti 100% command yang akan ditunjukkan.
Kemudian pergi pada panel, pilih Aplication > Accessories > Terminal dan masukkan arahan berikut :
cd Desktop
Kemudian masukkan arahan sebegini untuk melakukan proses pemasangan
chmod +x RealPlayer11GOLD.bin
Setelah itu masukkan pula
sudo ./RealPlayer11GOLD.bin
Tunggu sehingga pemasangan anda selesai.
Untuk mencuba RealPayer ini Klik Applications > Sound & Video > RealPlayer 11
Sekiranya proses pemasangan anda gagal dan terminal memaparkan ralat sebegini
./RealPlayer10GOLD.bin: error while loading shared libraries: libstdc++.so.5: cannot open shared object file: No such file or directory
Anda perlu menambah plugin dengan menaip arahan seperti di bawah.
sudo apt-get install libstdc++5
Kemudian ulangi semula langkah pemasangan seperti di atas.
0 komen:
Catat Ulasan