Jaga Kesihatan Diri Sambil Ber”Ubuntu”
Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=21Berkomputer pun masih dapat menjaga kesihatan? Bunyinya agak janggal. Bukankan dengan menggunakan komputer mempunyai risiko untuk mata menjadi rabun. Kekejangan otot, malah di Jepun beberapa tahun yang lalu kite mendengar berita tentang kematian seorang remaja kerana bermain permainan komputer selama 8 jam tanpa henti yang mengakibatkan kegagalan input oksigen ke otak dan seterusnya kegagalan otak untuk berfungsi.
Walaupun sudah sedia maklum, grafik Ubuntu khasnya menyejukkan mata memandang, smooth dan tidak menyakitkan mata. Tetapi saya telah menjumpai sebuah program yang sememangnya dan sudah semestinya berkonsepkan Sumber Terbuka ini. Program ini di namakan WORKRAVE. Bagaimana perisian ini membantu anda menjaga kesihatan anda apabila menggunakan komputer? Pasang dahulu perisian istimewa ini.
Buka terminal kemudian masukkan arahan berikut:
Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
Pergi pada panel Application > Other > Workrave
Klik sahaja tanda X. Workrave akan hide pada bahagian atas panel
Buka terminal kemudian masukkan arahan berikut:
sudo apt-get install workrave
Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
Pergi pada panel Application > Other > Workrave
Klik sahaja tanda X. Workrave akan hide pada bahagian atas panel
Kemudian terus sahaja menggunakan pc/laptop anda seperti biasa. Perisian ini telah di setkan default sela masa untuk mengeluarkan alertnya. Namun demikian saya tidak dapat pastikan adakah penguna boleh setkannya mengikut kehendak anda sendiri. Kerana saya belum explore perisian ini sepenuhnya kerana tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua.
Workrave akan mengeluarkan alert supaya anda berehat seketika untuk beberapa kali, sehingga sampai satu tahap anda diingatkan untuk melakukan beberapa senaman ringkas untuk menghilangkan ketegangan. Senaman tersebut turut ditunjukkan secara grafik. Ianya membantu anda bekerja lebih efektif dan lebih selesa.
Setup pada Workrave
Antara beberapa senaman senaman ringkas yang patut anda ikuti.
Selamat mencuba. Kerana di samping mencari ilmu dan menyebarkan ilmu, serta bekerja. Kesihatan adalah wajib dijaga di sisi agama.
0 komen:
Catat Ulasan