Menambah Pakej Fonts Microsoft Pada Ubuntu
Artikel ini dipindahkan dari http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=23Majoriti pengguna komputer di dunia ini menggunakan komputer berplatforms Windows. Oleh yang sedemikian mengunakan Linux untuk melayari website dan juga berkongsi fail sedikit sebanyak menggangu gugat pengguna-pengguna Linux (Ubuntu pada amnya), ini kerana sesetengah daripadanya tidak dapat dibaca atau tidak mendapat paparan yang efektif kerana jenis-jenis font yang ada pada Windows tiada pada Linux.
Namun kini beberapa jenis fonts telah mendapat kebenaran dan kelonggaran bersyarat kepada Linux untuk menggunakannya. Syaratnya ialah pengguna Linux itu perlu memasangnya sendiri dan para Linux Developer tidak boleh meng”compile” font-font tersebut kedalam distro bersama-sama installer cd Linux. Antara jenis fonts yang mendapat keizinan untuk dipasang pada Linux adalah :

* Andale Mono
* Arial Black
* Arial (Bold, Italic, Bold Italic)
* Comic Sans MS (Bold)
* Courier New (Bold, Italic, Bold Italic)
* Georgia (Bold, Italic, Bold Italic)
* Impact
* Times New Roman (Bold, Italic, Bold Italic)
* Trebuchet (Bold, Italic, Bold Italic)
* Verdana (Bold, Italic, Bold Italic)
* Webdings
Untuk memasangnya…buka terminal dan masukkan sahaja arahan berikut:
sudo apt-get install msttcorefonts
Pilih OK dan tekan Enter apabila paparan ini keluar pada terminal
Proses pemasangan selesai.
Setelah selesai. Masukkan pula arahan seperti ini pada terminal.
sudo fc-cache
0 komen:
Catat Ulasan